Saturday, 2 September 2017

Penganugerahan "Battle Honour" kepada unit - unit ATM

Panji - panji Tentera.

Pada zaman dahulu, panji - panji tentera menandakan kedudukan komander perang dan juga merupakan markas serta tempat berkumpul anggota tentera. Ia mula digunakan semasa zaman Mesir purba, kira2 5,000 tahun dahulu. Setiap rejimen atau unit memiliki panji - panjinya sendiri. Semasa pertempuran, rejimen - rejimen ini dapat megekalkan formasi mereka dgn para anggota menjadikan kedudukan panji - panji sebagai panduan. Dalam bahasa inggeris, panji - panji ini dipanggil "colours" manakala bendera yg lebih kecil dipanggil "guidon", asal dari perkataan Perancis "guyde homme" (the guide man).


Panji - panji rejimen biasanya dianugerahkan oleh kepala negara, jika mengikut tradisi tentera British, dianugerahkan oleh Ratu (Queen). Panji - panji ini biasanya mempunyai jahitan "battle honours" (penghormatan tempur) yang merupakan simbol pencapaian rejimen tersebut. Panji - panji ini jarang sekali dimusnahkan, jika didapati terlalu lama, ia akan digantikan dengan yg baru dgn penuh istiadat. Hanya dalam keadaan tertentu, seperti mengelakkan ia jatuh ke tangan musuh, barulah panji - panji akan dimusnahkan.

Saya ambil petikan dari artikel BTDM.

"Jika kita lihat dari perspektif sejarah peperangan Islam, sewaktu berlaku Peperangan Uhud, Mus’ab Umair ditugaskan memegang Panji-Panji Islam. Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab Umair dan melibas tangan kananya yang memegang Panji-Panji Islam. Mus’ab Umair menyambut Panji-Panji itu dan memegang dengan tangan kiri. Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kiri Mu’sab Umair dan beliau terus menyambut dan memeluk Panji-Panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab Umair sebagai syuhada’ Uhud. Demikianlah kisah bagaimana Mus’ab Umair mempertahankan kesucian Panji-Panji Islam ketika itu.

Perkataan Panji-panji berasal daripada bendera yang digunakan oleh sesuatu ketumbukan angkatan tentera pada zaman dahulu. Tujuan bendera yang berwarna-warni dibawa ke medan perang adalah sebagai lambang kekuatan dan kuasa raja bagi sesuatu pasukan/ketumbukan dan juga sebagai tanda kedudukan ketua atau panglima perang yang menguasai sesuatu ketumbukan. Panji-Panji amat penting bagi mereka untuk mengenal pasukan mereka sebagai penanda, perangsang dan pembakar semangat kepada semua peringkat anggota yang berada di dalam medan perang. Panji-Panji ini akan sentiasa dipertahankan sehingga titisan darah terakhir dan tiada perbuatan yang lebih hina kepada sesuatu pasukan tentera dari membiarkan Panji-Panji itu jatuh ke tangan musuh."



Menurut tradisi tentera British:
- panji2 rejimen (saiz standard atau guidon) digunakan dalam semua perbarisan rasmi, tetapi panji2 Ratu hanya diarak pada masa - masa tertentu
- panji2 harus diberi penghormatan tabik hormat, kecuali panji2 yg disimpan khas
- dalam perarakkan, panji2 dibawa oleh subaltern atau pegawai waran, bergantung pada rejimen tertentu. Ia biasanya diiringi oleh "colour party" terdiri dari NCO atau Colour Sergeants
- kebiasaannya setiap rejimen akan menyimpan di dalam kotak khas jika panji2 ini tidak digunakan
- panji2 lama yg telah digantikan dgn yang baru biasanya disimpan utk dipamerkan spt di muzium atau tempat bersesuaian yg dikenalpastim oleh rejimen.

Apa yg menarik, ada rejimen tentera Gurkha yg menggunakan "truncheon" (belantan) sebagai ganti kepada panji2. Asalnya hanya The Sirmoor Battalion (2nd King Edward VII's Own Gurkha Rifles) yg menggunakan truncheon ini. Ia telah dianugerahkan oleh Ratu atas kejayaan mengekang pemberontakan tentera India pada tahun 1857. Rejimen ini kekal menggunakannya sehingga tahun 1994 (rejimen Gurkha lain mempunyai panji -panji mereka sendiri). Bagaimanapun setelah penggabungan kesemua tiga rejimen gurkha dibawah satu rejimen yg dikenali sebagai Royal Gurkha Rifles, rejimen ini telah mengambil alih (meminjam) penggunaan truncheon itu dari The Sirmoor Battalion.

Tentera elit Sepanyol, Spanish Legion juga telah manamakan formasi batalion mereka sebagai Bandera (banner). Saya tak ingat samada unit ini atau batalion "Regulares" yg masih menyimpan panji2 tentera Islam yg mereka tewaskan di Morocco (Maghribi).

Sekali lagi, menurut artikel BTDM.

"Di dalam Angkatan Tentera Panji-Panji dikurniakan kepada sesebuah rejimen sebagai penghargaan kepada perkhidmatan dan kesetiaannya kepada Raja dan Negara. Atas kepercayaan dan kecemerlangan sebagai sebuah Batalion yang ulung dalam Tentera Darat (TD), Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dianugerahkan Gelaran Diraja pada 1 Mac 1958 dan diberi Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 23 Mac 1963. Disamping pencapaian yang ditunjukkan oleh pasukan TD dalam menjalankan tugas operasi Rejimen Renjer Diraja juga dianugerahkan gelaran Diraja pada 3 Mac 1992 dan dianugerahkan Panji-panji Diraja pada tarikh yang sama berlainan dengan lain-lain kor dalam TD. Kor Armor Diraja (KAD) merupakan kor pertama dalam TD telah menerima gelaran Diraja pada 23 Mac 1963 diatas penglibatan KAD dalam menjalankan operasi tidak kira di tanah air sendiri mahupun dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kor Armor Diraja telah dianugerahkan Panji-panji Diraja pada 20 Mei 1972.

Panji-Panji Rejimen pula dianugerahkan kepada sesebuah rejimen/pasukan dari ketiga-tiga Perkhidmatan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau salah seorang dari Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu sebagai wakil baginda. Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai tempat yang lebih utama daripada Panji-Panji Rejimen dan Panji-Panji Rejimen mempunyai lambang rejimen/kor yang disulam di tengah-tengah dan rakaman penghormatan tempur disulam di kiri dan kanan lambang Rejimen/Kor berkenaan. Pengenalan di antara satu pasukan dengan pasukan yang lain melalui angka yang disulam di bahagian penjuru atas kiri menggunakan nombor Arabic. Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Renjer Diraja berwarna hijau gelap sebagai warna dasar manakala Panji-Panji Rejimen/Kor yang lain berwarna biru sebagai warna dasar dan antara Rejimen yang terkini menerima Panji-Panji ialah 71 RSD, MK RAJD 2 Div dan 1 RAD."

Perbarisan Penganugerahan "Battle Honour" DAULAT FEB 2013 kepada Panji - Panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Panji - Panji Rejimen. 

Perbarisan ini telah diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah pada 11 Ogos 2017 yang melibatkan seramai 2000 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ia disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia. Perbarisan Penganugerahan ini adalah bersempena insiden berdarah pencerobohan Lahad Datu pada 11 Feb 2013 yang melibatkan pasukan keselamatan dalam melaksanakan OP DAULAT demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara tercinta. Turut hadir adalah YAB Datuk Seri Mohd Johari bin Haji Baharom, Tim. Menteri Pertahanan, YM Jen, Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera, YB Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima - panglima perkhidmatan, Ahli - ahli Yang Berhormat Negeri Sabah, Pegawai - pegawai kanan ATM dan PDRM.






Konsep Perbarisan adalah merangkumi gabungan Istiadat dan Tempur. Perbarisan secara statik melibatkan 6 kontinjen Tempur terdiri dari 2 Kontinjen Tentera Darat, 2 Kontinjen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 2 Kontinjen Tentera Udara Diraja Malaysia serta 3 kontinjen istiadat. Pegawai Perbarisan diketuai oleh Lt. Kol. Azmi bin Ali, Pegawai Memerintah (CO) Batalion 20 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja), dibantu oleh Lt. Kdr. Sabar bin Mazlan TLDM dari Pusat Latihan Kapal Selam Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar dan Ajutan Perbarisan adalah Kapt. Mohamad Zulkarnain bin Mohd Johari TUDM dari Pangkalan Udara Labuan serta Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan adalah PW1 Amir bin Hamzah dari Batalion 13 RAMD. Perbarisan ini diiringi oleh Pancaragan Pusat TUDM dan Pancaragam Gabungan Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat di bawah pimpinan Mej. Mohd Salleh bin Wahab TUDM. Setiap detasmen terdiri dari 200 anggota Lain - lain Pangkat (LLP) dan diketuai oleh Mej. Mohd Khairi bin Abdl Kabir bagi TDM, Lt. Kdr. Neoh Chee Seong TLDM bagi TLDM, manakala Mej. Aizzam bin Shaari TUDM mengetuai detasmen TUDM.

Kontinjen Istiadat terdiri daripada 3 kontinjen iaitu TDM, TLDM dan TUDM diketuai oleh Lt. Kol. Haji Mohd Shauari bin Mat Piah. Antara pasukan yang telah mempunyai Panji - panji dan menerima penganugerahan mengikut perkhidmatan adalah seperti berikut:

Tentera Darat Malaysia (12 pasukan):
3 RAMD
4 RAMD
7 RAMD
9 RAMD (Para)
17 RAMD (Para)
21 RAMD
3 RRD
7 RRD (Mekanis)
8 RRD (Mekanis)
9 RRD
4 KAD
1 RAD

3 pasukan dari TLDM:
KD SRI SEMPORNA
KD RAJAWALI
KD PANGLIMA HITAM

9 pasukan dari TUDM:
No. 1 Skuadron
No. 5 Skuadron
No. 6 Skuadron
No. 7 Skuadron
No. 14 Skuadron
No. 16 Skuadron
No. 18 Skuadron
No. 20 Skuadron
Rejimen TUDM

Seramai 60 orang anggota ATM dikurniakan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) di atas penglibatan secara langsung sewaktu operasi ini.

Persembahan pentomin yang mengisahkan pertempuran yang telah berlaku di Kampung Tanduo, Tanjung Labian dan Tanjung Batu telah menggamit lagi suasana perbarisan pada malam itu. Persembahan diketuai oleh Kol. Adi Ridzwan bin Abdullah dan dibantu oleh Mej. Mohd Noor bin Ishak juga melibatkan seorang pegawai dan 87 anggota LLP.














Tuesday, 27 June 2017

Pengasas Pasukan Elit Selous Scouts Pernah Berkhidmat di Malaya

Lt. Col "Ron" Reid Daly (Ronald Reid - Daly) dilahirkan pada 22 September 1928 di Salisbury, selatan Rhodesia (kini Zimbabwe). Beliau menyertai kontinjen tentera Far East Volunteer Unit yang sepatutnya dihantar berkhidmat di Korea, tetapi sebaliknya kontinjen tersebut dihantar ke Malaya untuk membantu memerangi pemberontakan bersenjata komunis dan dinamakan Malayan Scouts. Pasukan ini berkhidmat antara taun 1951 hingga 1953 dan dinamakan C Squadron Malayan Scouts. Ia dinamakan C Squadron kerana di dalam pasukan SAS British telah terdapat A Squadron dan B Squadron. Bagaimanapun, C Squadron Malayan Scouts telah dibubarkan setelah kembali ke Rhodesia, tetapi menjadi nukleus kepada pasukan Rhodesian SAS yang mula beroperasi pada tahun 1961.

Lt Col Ron Reid - Daly
Setelah kembali ke Rhodesia, Ron Reid Daly menjadi jurulatih di sekolah infantri, kemudian pada tahun 1961, beliau telah menjadi RSM (Regimental Sergeant Major) yang pertama kepada pasukan Rhodesian Light Infantry yang ditubuhkan pada tahun 1961. Ron ditauliahkan sebagai Captain pada tahun 1964 dan bersara pada tahun 1971. Sahabat lamanya yang sama - sama pernah bertugas di Malaya, General Peter Walls (kini komander tentera darat Rhodesia) telah meminta Ron menyambung tempoh perkhidmatan dan membantunya membentuk satu pasukan elit untuk membendung ancaman gerila komunis dan nasionalis yang semakin meningkat di Rhodesia. Berdasarkan pengalamannya di Malaya, Ron telah membentuk satu pasukan tempur dan penjejak yang dinamakan Selous Scouts - berdasarkan lagenda pemburu dan penjejak Afrika yang terkenal, Frederick Courteney Selous. Gen. Walls dan Ron menggunakan konsep yang sama di Malaya dimana anggota pasukan ini akan bergerak dan menyamar sebagai anggota pasukan gerila dan menyusup masuk ke dalam kawasan musuh. Bekas anggota gerila yang telah menyerah kepada pasukan keselamatan telah direkrut, selain anggota tentera Rhodesia (kulit putih dan Afrika) yang terpaksa menjalani pemilihan dan tapisan yang ketat.

Uniform Selous Scouts
Ron yang lebih dikenali sebagai "Uncle Ron" mengetuai pasukan ini dengan pangkat Lt. Colonel. Disebabkan tahap kerahsiaan yang tinggi, layanan istimewa, pemakaian yang lebih kasual (bukan uniform standard seperti tentera biasa) dan melaksanakan tugas dengan cara gerila, serta kejayaan - kejayaan yang dicapai, pasukan Selous Scout ini dicemburui oleh pasukan keselamatan lainnya. Pasukan elit ini dikatakan bertanggungjawab ke atas kejayaan menyumbangkan 68 % dari jumlah keseluruhan gerila yang dibunuh oleh pasukan keselamatan Rhodesia dengan hanya kehilangan 40 anggotanya sahaja, sepanjang konflik tersebut (1971 hingga 1979).

Selous Scouts menggunakan taktik "asymmetric warfare" terhadap musuh mereka seperti melakukan penculikan, serang hendap, sabotaj landasan keretapi dan jambatan, pembunuhan tokoh - tokoh penting, memeras ugut, penggunaan bom kereta dan juga risikan. Apabila Selous Scouts dapat menawan gerila hidup - hidup, mereka mempunyai 3 pilihan - pertama, menghapuskan mereka serta merta, kedua - menyerahkan kepada pasukan keselamatan lain untuk diambil tindakan mengikut perundangan, biasanya membawa kepada hukuman gantung sampai mati dan ketiga - menyerapkan mereka masuk ke dalam pasukan Selous Scouts. Jika musuh didapati tercedera, ia akan dibawa ke pengkalan Selous Scout dan dirawat sehabis baik (tanpa pengetahuan pasukan gerila mahupun pasukan keselamatan lain). Dengan cara ini, baisanya gerila yang tercedera itu akan terasa terhutang budi dan lebih mudah untuk mereka berpaling tadah. Dia seterusnya dihantar untuk rawatan lanjutan di hospital, dan akan dilawati oleh Selous Scouts. Fasa seterusnya pemeriksaan akan dibuat bagi memastikan kesetiaannya, jika lulus ia akan diberikan wang secara lump sum dan ahli keluarganaya diberikan perlindungan. Ujian terakhir untuk menguji kesetiaan adalah dengan memberikannya senjata, tentunya dengan peluru yang telah tidak berfungsi dengan baik.


Pemilihan untuk menyertai Selous Scouts lebih mencabar dari pemilihan SAS Rhodesia, sebagai contoh, dalam satu ambilan 126 calon - hanya 12 sahaja berjaya melepasi latian. Selous Scouts mencari calon yang boleh bekerjasama dalam satu pasukan dan dia juga mesti berupaya berfikir dan bertindak berseorangan. Kursus mengambil masa selama 17 hari dimana hampir separuh akan gagal pada dua hari pertama latihan. Pelatih - pelatih  tidak diberikan makanan dan mereka bergantung kepada ikhtiar hidup untuk mendapatkan makanan. Latian terakhir adalah menamatkan perjalanan 100 km dengan membawa bebanan seberat 30 kg yang berupa batu di cat merah untuk menhalang peserta melakukan penipuan. Bagi yang berjaya, fasa terakhir adalah latihan di kem yang dibina mirip seperti kem gerila. Mereka belajar bertutur seperti gerila, dan mengamalkan kehidupan seperti seorang gerila.




Pada tahun 1979, Selous Scouts dituduh terlibat dalam pemburuan haram gading gajah di lembah Zambesi. Ini menimbulkan ketegangan antara Lt. Col Ron dan Lt. Gen Jon Hackman, komander tentera Rhodesia ketika itu. Pertengkaran di mes pegawai berlanjutan hingga Ron di bawa ke mahkamah tentera. Kerana dia dihormati dan mendapat simpati ramai anggota tentera, Ron dikenakan hukuman paling minima. Tidak berpuas hati atas apa yang berlaku, beliau meletakkan jawatannya dan membawa kes ke mahkamah awam. Bagaimanapun usahanya menemui kegagalan dan Ron berhijrah ke Afrika Selatan.

Beliau meninggal dunia pada usia 81 tahun.


Friday, 24 March 2017

KM Pekan 9203 (Ex JCG Erimo PL 02)

Sebuah kapal ronda pesisir (OPV) yang telah disumbangkan oleh kerajaan Jepun kepada Malaysia telah dinamakan dengan rasmi sebagai KM Pekan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Mac 2017, sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim 2017 (LIMA 2017) di Langkawi (link).

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menerima 2 buah kapal ronda pesisir bekas Pengawal Pantai Jepun (JCG - Japan Coast Guard), iaitu KM Arau dari kelas Nojima (ex JCG Oki PL 01) dan KM Pekan dari kelas Ojika (ex JCG Erimo PL 02). Hanya sebuah kapal dibina untuk kelas Nojima (PL 01) dan 7 buah kapal telah dibina untuk kelas Ojika (PL 02 hingga PL 08).

Spesefikasi:

Berat Sesaran: 1200 tan
Panjang: 92 meter
Lebar: 11 meter
Enjin: Diesel Fuji 8S40B
Kelajuan: 20 knot
Krew: 38
Helikopter: tanpa hangar, boleh menempatkan helikopter bersaiz Bell 212 atau Super Puma
Senjata: semasa dalam perkhidmatan JCG - meriam 1 x 20mm dan 1 x 35 mm (berkembar)

JCG Erimo di bina oleh Mitsui Engineering & Shipbuilding Co. Ltd. pada tahun 1991 (link).

Rujukan: www.vspg.net

JCG Oki PL 01 (KM Arau)
JCG Erimo PL 02 (KM Pekan)
JCG Yahiko PL 04 
JCG Hakata PL 05
KM Pekan semasa di Port Klang
Dek helikopter tanpa hangar
KM Pekan
Tapak meriam yang telah ditanggalkan
Contoh meriam 20 mm dan meriam berkembar 35 mm dari kapal PL 08
Contoh meriam 20 mm dari kapal PL 08, tidak pasti meriam jenis apa yang akan digantikan oleh APMM
Ruang dalaman dari kapal PL 08

Sticker di dalam KM Pekan



Thursday, 8 December 2016

HMS Repulse & HMS Prince of Wales diburu pencuri besi buruk

HMS Repulse bangkainya turut diburu.

Tahukah anda semenjak tahun 1596, sebanyak 12 kapal perang Royal Navy telah dinamakan HMS Repulse? HMS Repulse yang terakhir adalah sebuah kapal selam kelas Resolution (HMS Repulse S23) yg telah ditauliahkan pada tahun 1968 dan dilucut tauliah pada 28 Ogos 1996. Repulse ini adalah kapal selam nuklear (SSBN) yg membawa peluru berpandu balistik Polaris.

Bagaimanapun, HMS Repulse yang paling popular adalah battlecruiser dari kelas Renown yg telah karam akibat serangan udara tentera Jepun pada 10 Disember 1941 tidak jauh dari Kuantan.
HMS Repulse telah mula ditempah pada 30 Disember 1914 dan dibina oleh John Brown & Company di Clydebank, Scotland. Ia ditauliah ke dalam perkhidmatan RN pada 18 Ogos 1916 dengan membawa motto "Qui Tangit Frangitur" (Who touches me is broken).



Dalam Perang Dunia 1, Repulse terlibat dlm Pertempuran Heligoland Bight yang ke-2 dan menjalani 2 kali proses pembaharuan dalam tahun 20an dan 30an. Semasa awal Perang Dunia 2, Repulse terlibat dlm pemburuan kapal perang Jerman, Bismarck. Ia kemudiannya menjadi kapal pengiring kepada konvoi ke Tanjung Pengharapan (Cape of Good Hope) dari Ogos hingga Oktober 1941, sebelum diletakkan dibawah pemerintahan East Indies Command.



HMS Repulse diletakkan dalam squadron Force Z bagi menghalang pendaratan tentera Jepun di Malaya. Lain-lain kapal yg terlibat sama adalah battlecruiser HMS Prince of Wales, 4 buah kapal pemusnah HMS Electra, HMS Express, HMS Encounter dan HMS Jupiter. Kapal pengangkut pesawat HMS Indomitable yang sepatutnya menyertai pasukan ini mengalami masalah di Karibbean (Jamaica) dan cadangan menggantinya dgn HMS Hermes dibatalkan kerana Hermes didapati terlalu perlahan.

Krew kapal selam Jepun I-58 telah menemui armada Force Z pada 02.20 (10 Dis 1941) dan melepaskan 5 torpedo tetapi gagal menemui sasaran. Sebelum subuh, Jepun telah melancarkan 11 pesawat peninjau hanya beberapa jam kemudian 86 pesawat pengebom dari 22nd Air Flotilla melaporkan menemui Force Z.

Serangan udara bermula pada jam 11 pagi dgn 8 x pesawat Type 96 Nell menggugurkan bom, diikuti serangan gelombang ke 2, setengah jam kemudian dengan 17 x Nell melepaskan torpedo. Kali ini Prince of Wales (POW) terkena torpedo pertama kali, manakala Repulse berjaya mengelak torpedo yg ke-7 disasarkan kearahnya. Serangan ke-4 oleh pesawat Betty berjaya mengenai torpedonya ke Repulse dan karam pada jam 12.33. Enam pesawat pula menyerang Prince of Wales dan 3 torpedo menepati sasaran. Pada jam 13.15 arahan dikeluarkan utk meninggalkan POW. Ia terbalik dan karam pada jam 13.20 pada kedalaman 68 meter. Repulse secara keseluruhannya berjaya mengelak 19 serangan torpedo tetapi 5 menepati sasaran.



Jumlah kematian Repulse - 508 dan Prince of Wales - 327 termasuk Vice Admiral Philips dan Captain Leach. Kini kedua-dua bangkai kapal diwartakan sebagai milik kerajaan British dan pusara tentera yang dinamakan Protected Place dibawah akta Protection of Military Remains Act 1986. Ministry of Defence, UK telah mewartakan 60 lokasi "terkawal" (controlled) bangkai kapal serata dunia yg bermakna aktiviti selaman dikawasan itu adalah dilarang. Lagi 58 lokasi diklasifikasikan sebagai "terlindung" (protected) yg membawa maksud aktiviti selaman dibenarkan tetapi dibawah polisi "look but don't touch", yang mana Repulse termasuk dalam kategori ini.

Menurut laporan akhbar The Telegraph (link) dua tahun lalu, penyelam dari Tech Thailand, Stuart Shaw melaporkan baki propeller dari Repulse dan 4 propeller dari Prince of Wales telah dicuri antara September 2012 hingga May 2013. Dianggarkan setiap propeller adalah seberat 15 tan dan harga bagi satu tan adalah £ 3,800. Jumlah kesemuanya adalah 8 propeller.

Kini pencuri telah mula mengambil bahagian besi lain yang berharga utk dijual. Pencuri menggunakan bahan letupan buatan sendiri untuk meletupkan bahagian tertentu sebelum besi tersebut di kaut dgn kren. Di khuatiri dalam tempoh sedekad dua ini, bangkai HMS Repulse dan HMS Prince of Wales akan pupus.

Royal Navy memasang bendera White Ensign pada Repulse dalam tahun 2014 (link).





Gambar-gambar bahagian Repulse yang dirampas dari pencuri besi buruk.







Berikut adalah maklumat hasil soalsiasat antara Komander TH Moorer, USN dan Kapt. Kameo Sonokawa, Ketua Flait, Grup Udara Genzan, IJN yang terlibat dalam serangan ke atas HMS Repulse dan HMS Prince of Wales. Rujuk laporan OPNAV-P-03-100 Naval Analysis Division.

Flotila Udara ke-22 IJN yang berpangkalan di Saigon bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.

Elemem-elemen yang berada di bawah Flotila Udara ke-22 adalah:

1. Grup Udara Mihoro, berpengkalan di Dau Mot, 20 batu ke utara Saigon dilengkapi 36 x G3M Nell (12 dlm simpanan).

2. Grup Udara Genzan, berpengkalan di Saigon. Dilengkapi dgn 36 x G3M Nell (12 dlm simpanan).

3. Grup Udara Konoya, berpengkalan 60 batu diselatan Saigon. Dilengkapi dgn 27 x G4M Betty (9 dlm simpanan).

4. Unit Yamada (tumpangan) berpengkalan di Soc Trang. Dilengkapi dgn 25 x A6M Zero, 11x A5M Claude dan 6 x C5M Babs.

Menurut Kapt. Sonokawa, Flotila Udara ke-22 terlibat dalam misi menawan Malaya, Borneo dan Jawa. Mereka mempunyai kemahiran dalam pengeboman, serangan torpedo dan operasi pada waktu malam.

Berdasarkan pengalamannya, walaupun torpedo boleh digugurkan pada altitud 500m, hanya 10% boleh berfungsi pada 200m dan  50% berfungsi dengan baik pada 100m. Dengan itu mereka berusaha menggugurkan pada altitud rendah antara 20m hingga 50m. Jarak pelancaran adalah antara 400m hingga 600m dari sasaran dgn kelajuan 170 knots. Torpedo aktif apabila mencecah air.
88 buah pesawat (27 pengebom dan 61 penyerang torpedo) diarahkan memburu kedua-dua kapal perang dgn setiap satu flait mengandungi 9 pesawat.

Serangan dilakukan mengikut gelombang, dimulakan dgn pengeboman pada ketinggian 2500m oleh Grup Genzan, diikuti oleh Mihoro dan Kanoya. Serangan gelombang pertama berjaya memperlahankan Repulse dan ia terus menjadi sasaran walaupun perancangan asal mereka akan fokus kepada Prince of Wales.

G3M Nell (atas) dan G4M Betty (bawah)



Repulse menerima 2 hentaman bom dan 12 torpedo, manakala Prince of Wales menerima satu hentaman bom dan 10 torpedo. Secara keseluruhan IJN hanya kehilangan 4 pesawat (1 dari Genzan dan 3 dari Kanoya).

Repulse karam pada jam 1230 dan Prince of Wales karam 30 minit kemudian. Lokasi serangan kira-kira 50 batu ke timur Kuantan. Jarak antara kedua kapal kira-kira 5 batu. Selepas serangan, sebuah pesawat ditinggalkan sebagai pemerhati sehingga kedua-dua kapal tersebut karam. Tidak lama kemudian 10 x pesawat Buffalo tiba, tetapi pesawat tadi dapat lolos.


Semasa operasi di Malaya, Grup Udara Genzan mempunyai bekalan alat ganti dan bahanapi yg mencukupi. Sepanjang Malayan Campaign mereka hanya kehilangan 2 pesawat, sebuah semasa serangan ke atas Repulse dan PoW dan sebuah lagi semasa serangan ke atas Singapura. Kebiasaannya mereka miliki 36 buah pesawat. Tugas IJN adalah melakukan serangan ke atas armada British di Singapura manakala IJA bertanggungjawab di Malaya.