Friday, 12 September 2014

British SAS and 69 Commando - History made in Malaysia / Komando 69 / VAT 69

Penubuhan pasukan elit Special Air Service ini adalah atas idea Captain David Sterling, seorang pegawai didalam pasukan No. 8 (Guards) Commando. Ketika itu beliau berusia 24 tahun. Dia kemudiannya diarahkan untuk menubuhkan pasukan khas ini pada tahun 1941. Seramai 4 orang pegawai dan 60 anggota telah membentuk sebuah pasukan yang dikenali sebagai The Detachment of Special Air Service Brigade. Walaupun pada ketika itu Briged SAS masih belum lagi wujud, penubuhan ini mengaburi mata musuh bahawa sebuah formasi khas yang bertaraf briged telah ditubuhkan. Latihan dijalankan di Kalbrit Camp berhampiran Sungai Nil, Mesir. Sehingga 1943, dua unit 1st SAS dan 2nd SAS telah ditubuhkan. Sekembalinya unit ini ke Britain pada bulan March 1944, pasukan ini turut membawa 3 unit tambahan iaitu, 3rd SAS dan 4th SAS (Perancis) dan 5th SAS (Belgium). Pada penghujung Perang Dunia ke-2, 3rd SAS dan 4th SAS telah diserahkan kepada tentera Perancis dan 5th SAS pula terlibat didalam penyusunan semula tentera darat Belgium. Pada 8 Oktober 1945, unit 1st SAS dan 2nd SAS telah dibubarkan. Sepanjang penglibatan didalam Perang Dunia ke-2, SAS mengalami 330 terkorban dan berjaya membunuh serta mencederakan 7,733 musuh.

Sir David Sterling juga dikenali sebagai "Phantom Major"


SAS di Afrika Utara. Antara rekod cemerlang mereka adalah memusnahkan 60 pesawat udara di tiga lapangan udara musuh di Libya tanpa sebarang kasualti.

Brigadier Mike Calvert memeriksa barisan sempena penyerahan 3rd SAS dan 4th SAS kepada pasukan tentera darat Perancis.

Pada 1 January 1947, menyedari pentingnya kewujudan sebuah pasukan khas untuk melaksanakan misi-misi sulit, sebuah unit baru yang dikenali sebagai 21 SAS Regiment telah ditubuhkan sebagai sebahagian dari pasukan Territorial Army. Pada 1950, mereka membentuk sebuah squadron dan menjalani latihan selama 3 bulan sebagai persediaan ke Korea, bagaimanapun squadron ini telah dihantar ke Malaya dan dikenali sebagai B Squadron, Malayan Scouts (SAS) dibawah pemerintahan Mike Calvert. A squadron terdiri daripada 100 veteran Perang Dunia ke-2 dan bekas anggota Chindits, manakala C Squadron pula terdiri dari sukarelawan Rhodesia yang dikenali sebagai "Happy Hundred" (hanya 100 orang berjaya dari 1,000 permohonan ketika pemilihan dibuat di Rhodesia). Pada 1951, Malayan Scouts (SAS) mempunyai keanggotaan seramai 900 orang dengan penambahan D Squadron dan Parachute Regiment Squadron. Pada tahun 1952, Malayan Scouts telah dinamakan 22 SAS Regiment. Pada tahun 1955, New Zealand SAS Squadron dengan kekuatan 140 anggota telah tiba di Malaya menggantikan C Squadron (Rhodesian) SAS. 

Malayan Scouts

Special Air Service


SAS semasa beroperasi di Malaya


Dengan bantuan penjejak-penjejak hutan Iban, SAS mendapat kepakaran dalam selok-belok ilmu hutan. Ini membolehkan mereka menjalankan operasi jauh kedalam pendalaman dalam tempoh yang lebih lama. Mereka ditugaskan untuk menjejak dan memusnahkan kedudukan musuh, menjalankan program "Winning Hearts and Minds" bertindak sebagai pasukan perubatan melawat kampung-kampung terpencil dan perkampungan Orang Asli bertujuan mendapatkan sokongan dari mereka, kerana Orang Asli yang tinggal jauh terpencil dihutan mudah dipengaruhi oleh pengganas komunis. SAS juga terlibat dalam rondaan sungai, memasang jerangkap samar dan memperkenal teknik "tree jumping" iaitu pendaratan dengan paracut dikawasan hutan.

SAS terlibat dalam gerakan-gerakan utama seperti Operation Helsby, Operation Hive, Operation Sword, Operation Sweep dan Operation Termite. Menjelang tahun 1958, setelah berkurangnya ancaman komunis di Malaya, dua buah Squadron telah ditugaskan ke Oman.

Beret kebanggaan SAS


SAS kembali berkhidmat di Malaysia (Borneo) pada Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1963-1965. B dan D Squadron terlibat dalam Operation Claret penyusupan masuk ke wilayah Indonesia (Kalimantan) bertujuan menghalang pergerakan dan pembentukan pasukan tentera Indonesia berhampiran kawasan sempadan. Operasi ini merupakan operasi "Top Secret" kerana sensiviti British menempatkan tentera didalam wilayah asing yang secara teknikalnya tidak pernah mengisytiharkan perang keatas Britain. Di dalam kempen menentang tentera Indonesia ini, British kehilangan 59 anggota terkorban dan 123 cedera, manakala angka korban tentera Indonesia adalah dianggarkan 600 orang.

Foto-foto SAS di Borneo





Pada tahun 1969, SAS sekali lagi menabur bakti di Malaysia apabila sepasukan jurulatih telah dihantar untuk melatih pasukan komando Polis Diraja Malaysia dilokasi khas, Fort Kemar di Perak. Pada bulan Oktober 1969, 60 orang dari 1,600 permohonan dari pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (Police Field Force) menjalani latihan asas komando. Hanya 30 orang sahaja yang berjaya menamatkan latihan dan merupakan nukleus pada pasukan Komando 69 atau juga dikenali sebagai VAT 69. Kini 69 Komando adalah sebuah batalion yang terdiri dari 4 buah Squadron. Anggota-anggota Komando 69 memakai beret berwarna "beige / sand coloured" sama seperti SAS.



Atas: Komando 69 mencapai banyak kejayaan semasa Perang Melawan Insurgensi 1968-1989 di Malaysia. Pasukan ini terkenal dalam menggunakan taktik gerila hutan menentang pengganas komunis.

Bawah: Gambar-gambar latihan dan pameran oleh Komando 69





Bawah: Anggota-anggota yang berjaya menamatkan latihan pada kursus asas komando tahun ini (2014)





Rujukan:



1 comment: