Tuesday 2 September 2014

Singapore Cablecar Disaster - 1983 - Rescue by No. 120 Squadron, RSAF / Bencana Kereta Kabel Singapura

Pada 29 Januari 1983 kira-kira jam 6 petang, sebuah kapal carigali minyak (drillship) bernama Eniwetok sedang ditunda keluar dari Keppel Wharf oleh bot tunda milik Lembaga Pelabuhan Singapura (PSA). Ketika berada dibawah laluan kereta kabel Singapore Cable Cars, menara "derrick" setinggi 68 meter kapal itu telah melanggar salah satu dari dua kabel laluan menyebabkan 2 buah kabin kereta kabel terkeluar dari landasan kabel dan terhumban kelaut dari ketinggian 55 meter. Tujuh orang maut dan 13 lagi terperangkap didalam 4 buah kabin kereta kabel lain yang terselamat dari pelanggaran itu, tetapi tidak dapat digerakkan.




Pusat kawalan operasi menyelamat dibuka di PSA Tower dengan diketuai oleh Philip Yeo, Setiausaha Tetap Kedua (Pertahanan) ketika itu. Keseluruhan operasi menyelamat adalah dibawah arahan Colonel Lee Hsien Loong (kini Perdana Menteri Singapura). Pukul 7:17 pm daripada 4 pelan cadangan, mereka memutuskan untuk menggunakan helikopter sebagai usaha menyelamat.

Semasa operasi menyelamat dijalankan, 4 buah bot tunda digunakan untuk menstabilkan kedudukan kapal Eniwetok bagi mengelakkan menaranya bergerak dan memutuskan kabel itu. Arus yang kuat dan air pasang boleh menyebabkan kapal tersebut bergerak dan berisiko kepada kabel laluan tersebut.

Kapal Eniwetok dengan menaranya tersangkut pada kabel laluan


Gambar atas dan bawah - diorama operasi menyelamat didalam galeri Muzium Tentera Udara Republik Singapura (RSAF)



Unit penyelam Tentera Laut Singapura mengambil masa selama 3 jam untuk mengeluarkan 4 mayat mangsa dari 2 buah kabin kereta kabel yg telah jatuh ke dalam laut pada awal pelanggaran tadi. No. 120 Squadron RSAF telah menggunakan 2 buah helikopter Bell 212 Twin Huey SAR (callsign: Rescue One Zero dan Rescue One One) diarahkan untuk menyelamatkan 13 mangsa yang terperangkap dalam 4 buah lagi kabin.

Pada jam 8.13 malam, krew helikopter telah diberi taklimat dan seterusnya menjalani latihan singkat pada sebuah kabin kereta kabel yang tidak digunakan. Jam 11.40 malam, helikopter pertama yang diterbangkan oleh Lt. Kao Yit Chee memulakan operasi. 6 mangsa berjaya deselamatkan sebelum helikopter kehabisan bahanapi. Ia digantikan helikopter kedua pada jam 1.43 pagi, yang diterbangkan oleh Lt. Geoff Ledger sehingga operasi tamat pada jam 3.30 pagi, 30 Januari 1983. Lt. Geoff adalah pegawai Tentera Laut Australia yang ditumpangkan ke No. 120 Squadron sebagai jurulatih.



Cuaca yang berangin, ditambah lagi angin dari kipas helikopter merupakan kesukaran yang dihadapi oleh para penyelamat untuk merapati kabin-kabin tersebut. Setiap helikopter juga dipasang dengan lampu suluh bagi membantu penyelamat, memandangkan operasi berterusan hingga ke malam. Mereka menggunakan kaedah "winching" untuk merapati kabin dan menggunakan "harness" untuk membawa naik mangsa dan penyelamat ke helikopter.



Laporan The Sunday Times, 30 Januari 1983

Patch No. 120 Squadron, RSAF, pasukan yang terlibat dalam misi menyelamat

Jagjit Singh bertemu penyelamat beliau pada Oktober 2011, 28 tahun selepas insiden itu berlalu



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) baru-baru ini menjalani latihan menyelamat sebagai persediaan menghadapi situasi kritikal



Sumber:

http://ourstory.asia1.com.sg/dream/life/headline/lifh10.html

Foto: kredit kepada pemilik asal

3 comments:

  1. Saya cukup terharu dgn penyelamat Skn 120 yang india tu pasal dapat selamatkan keluarga sikh dgn rakan2 melayu tu. walaupun latihan tu singkat tapi dapat selamatkan mereka yng terselamat.

    ReplyDelete
  2. tapi saya hairan macam mana kapal Eniwectok boleh u-turn sedangkan cable car tu tgh jalan lepas tu 2 cable jatuh

    ReplyDelete
  3. kapal itu sedang ditunda...bila tersangkut berlaku hentakan yang menyebabkan cable car tu terlepas

    ReplyDelete