Monday 1 June 2015

Malaysian Army Media Day 2015

Hari Bersama Media - Peringkat Tentera Darat telah diadakan pada 22 dan 23 Mei 2015 di Kem Syed Sirajuddin, Gemas dimana 4 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (Jambatan) menyediakan kemudahan penginapan dan makanan untuk kira-kira 70 wakil pelbagai media. Kem Garison Gemas adalah merupakan kem tentera yang terbesar di Asia Tenggara. Kedatangan kami disambut oleh Kol. Dato' Radzuan bin Abu Bakar dengan taklimat program.

Pertandingan Menembak Jatuh Piring (pistol Glock 17) dijalankan di Lapangsasar 600m Galeri pada jam 2 petang, 22 Mei 2015 diantara pasukan Media, dan antara pasukan Media melawan Tentera. Pada malamnya pula, diadakan majlis BBQ bertempat di Wisma Perwira 11 Kor Armor Diraja.







Keesokkannya, para tetamu Media dibawa masuk ke Tapak OP 3, Lapangsasar Gemas bagi menyaksikan Demonstrasi Kuasa Tembakan yang melibatkan penggunaan senjata dimana wakil Media diberi peluang untuk menembak dengan rifal M4, senjata bantuan GPMG, AGL dan juga 12.7mm HMG.

Sebahagian perwakilan Media dibawa ke Tapak OP 3 dengan kenderaan perisai.






Demonstrasi melibatkan pelbagai aset Tentera Darat









Video bukan milik saya. Kredit kepada pemilik asal (Tim Media)


Video oleh Suriati Sanusi







Seramai 5 wakil Media telah diberi kesempatan untuk melepaskan tembakan meriam 155mm G-5. Saya salah seorang yang berpeluang, tentunya satu pengalaman yang sangat unik dan tidak akan saya lupakan.





Ucapan penutup oleh Mej. Jen. Dato' Mazelan Kasap, Ketua Staf MK TD dengan berkongsi pengalaman beliau semasa Era Melawan Insurgensi pada tahun-tahun 1970 an sehingga 1989 menyedarkan kami akan kesukaran dan pengorbanan anggota Tentera Darat.



Akhir sekali saya mengucapkan tahniah kepada Tentera Darat kerana berjaya menganjurkan program yang dapat memberikan pendedahan kepada pihak Media bukan sahaja tentang keupayaan Tentera Darat, tetapi juga menyelami tugas dan risiko yang dihadapi oleh setiap anggota tentera. Syabas Tentera Darat !!!


No comments:

Post a Comment