Saturday, 2 September 2017

Penganugerahan "Battle Honour" kepada unit - unit ATM

Panji - panji Tentera.

Pada zaman dahulu, panji - panji tentera menandakan kedudukan komander perang dan juga merupakan markas serta tempat berkumpul anggota tentera. Ia mula digunakan semasa zaman Mesir purba, kira2 5,000 tahun dahulu. Setiap rejimen atau unit memiliki panji - panjinya sendiri. Semasa pertempuran, rejimen - rejimen ini dapat megekalkan formasi mereka dgn para anggota menjadikan kedudukan panji - panji sebagai panduan. Dalam bahasa inggeris, panji - panji ini dipanggil "colours" manakala bendera yg lebih kecil dipanggil "guidon", asal dari perkataan Perancis "guyde homme" (the guide man).


Panji - panji rejimen biasanya dianugerahkan oleh kepala negara, jika mengikut tradisi tentera British, dianugerahkan oleh Ratu (Queen). Panji - panji ini biasanya mempunyai jahitan "battle honours" (penghormatan tempur) yang merupakan simbol pencapaian rejimen tersebut. Panji - panji ini jarang sekali dimusnahkan, jika didapati terlalu lama, ia akan digantikan dengan yg baru dgn penuh istiadat. Hanya dalam keadaan tertentu, seperti mengelakkan ia jatuh ke tangan musuh, barulah panji - panji akan dimusnahkan.

Saya ambil petikan dari artikel BTDM.

"Jika kita lihat dari perspektif sejarah peperangan Islam, sewaktu berlaku Peperangan Uhud, Mus’ab Umair ditugaskan memegang Panji-Panji Islam. Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab Umair dan melibas tangan kananya yang memegang Panji-Panji Islam. Mus’ab Umair menyambut Panji-Panji itu dan memegang dengan tangan kiri. Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kiri Mu’sab Umair dan beliau terus menyambut dan memeluk Panji-Panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab Umair sebagai syuhada’ Uhud. Demikianlah kisah bagaimana Mus’ab Umair mempertahankan kesucian Panji-Panji Islam ketika itu.

Perkataan Panji-panji berasal daripada bendera yang digunakan oleh sesuatu ketumbukan angkatan tentera pada zaman dahulu. Tujuan bendera yang berwarna-warni dibawa ke medan perang adalah sebagai lambang kekuatan dan kuasa raja bagi sesuatu pasukan/ketumbukan dan juga sebagai tanda kedudukan ketua atau panglima perang yang menguasai sesuatu ketumbukan. Panji-Panji amat penting bagi mereka untuk mengenal pasukan mereka sebagai penanda, perangsang dan pembakar semangat kepada semua peringkat anggota yang berada di dalam medan perang. Panji-Panji ini akan sentiasa dipertahankan sehingga titisan darah terakhir dan tiada perbuatan yang lebih hina kepada sesuatu pasukan tentera dari membiarkan Panji-Panji itu jatuh ke tangan musuh."



Menurut tradisi tentera British:
- panji2 rejimen (saiz standard atau guidon) digunakan dalam semua perbarisan rasmi, tetapi panji2 Ratu hanya diarak pada masa - masa tertentu
- panji2 harus diberi penghormatan tabik hormat, kecuali panji2 yg disimpan khas
- dalam perarakkan, panji2 dibawa oleh subaltern atau pegawai waran, bergantung pada rejimen tertentu. Ia biasanya diiringi oleh "colour party" terdiri dari NCO atau Colour Sergeants
- kebiasaannya setiap rejimen akan menyimpan di dalam kotak khas jika panji2 ini tidak digunakan
- panji2 lama yg telah digantikan dgn yang baru biasanya disimpan utk dipamerkan spt di muzium atau tempat bersesuaian yg dikenalpastim oleh rejimen.

Apa yg menarik, ada rejimen tentera Gurkha yg menggunakan "truncheon" (belantan) sebagai ganti kepada panji2. Asalnya hanya The Sirmoor Battalion (2nd King Edward VII's Own Gurkha Rifles) yg menggunakan truncheon ini. Ia telah dianugerahkan oleh Ratu atas kejayaan mengekang pemberontakan tentera India pada tahun 1857. Rejimen ini kekal menggunakannya sehingga tahun 1994 (rejimen Gurkha lain mempunyai panji -panji mereka sendiri). Bagaimanapun setelah penggabungan kesemua tiga rejimen gurkha dibawah satu rejimen yg dikenali sebagai Royal Gurkha Rifles, rejimen ini telah mengambil alih (meminjam) penggunaan truncheon itu dari The Sirmoor Battalion.

Tentera elit Sepanyol, Spanish Legion juga telah manamakan formasi batalion mereka sebagai Bandera (banner). Saya tak ingat samada unit ini atau batalion "Regulares" yg masih menyimpan panji2 tentera Islam yg mereka tewaskan di Morocco (Maghribi).

Sekali lagi, menurut artikel BTDM.

"Di dalam Angkatan Tentera Panji-Panji dikurniakan kepada sesebuah rejimen sebagai penghargaan kepada perkhidmatan dan kesetiaannya kepada Raja dan Negara. Atas kepercayaan dan kecemerlangan sebagai sebuah Batalion yang ulung dalam Tentera Darat (TD), Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dianugerahkan Gelaran Diraja pada 1 Mac 1958 dan diberi Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 23 Mac 1963. Disamping pencapaian yang ditunjukkan oleh pasukan TD dalam menjalankan tugas operasi Rejimen Renjer Diraja juga dianugerahkan gelaran Diraja pada 3 Mac 1992 dan dianugerahkan Panji-panji Diraja pada tarikh yang sama berlainan dengan lain-lain kor dalam TD. Kor Armor Diraja (KAD) merupakan kor pertama dalam TD telah menerima gelaran Diraja pada 23 Mac 1963 diatas penglibatan KAD dalam menjalankan operasi tidak kira di tanah air sendiri mahupun dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kor Armor Diraja telah dianugerahkan Panji-panji Diraja pada 20 Mei 1972.

Panji-Panji Rejimen pula dianugerahkan kepada sesebuah rejimen/pasukan dari ketiga-tiga Perkhidmatan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau salah seorang dari Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu sebagai wakil baginda. Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai tempat yang lebih utama daripada Panji-Panji Rejimen dan Panji-Panji Rejimen mempunyai lambang rejimen/kor yang disulam di tengah-tengah dan rakaman penghormatan tempur disulam di kiri dan kanan lambang Rejimen/Kor berkenaan. Pengenalan di antara satu pasukan dengan pasukan yang lain melalui angka yang disulam di bahagian penjuru atas kiri menggunakan nombor Arabic. Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Renjer Diraja berwarna hijau gelap sebagai warna dasar manakala Panji-Panji Rejimen/Kor yang lain berwarna biru sebagai warna dasar dan antara Rejimen yang terkini menerima Panji-Panji ialah 71 RSD, MK RAJD 2 Div dan 1 RAD."

Perbarisan Penganugerahan "Battle Honour" DAULAT FEB 2013 kepada Panji - Panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Panji - Panji Rejimen. 

Perbarisan ini telah diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah pada 11 Ogos 2017 yang melibatkan seramai 2000 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ia disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia. Perbarisan Penganugerahan ini adalah bersempena insiden berdarah pencerobohan Lahad Datu pada 11 Feb 2013 yang melibatkan pasukan keselamatan dalam melaksanakan OP DAULAT demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara tercinta. Turut hadir adalah YAB Datuk Seri Mohd Johari bin Haji Baharom, Tim. Menteri Pertahanan, YM Jen, Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera, YB Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima - panglima perkhidmatan, Ahli - ahli Yang Berhormat Negeri Sabah, Pegawai - pegawai kanan ATM dan PDRM.






Konsep Perbarisan adalah merangkumi gabungan Istiadat dan Tempur. Perbarisan secara statik melibatkan 6 kontinjen Tempur terdiri dari 2 Kontinjen Tentera Darat, 2 Kontinjen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 2 Kontinjen Tentera Udara Diraja Malaysia serta 3 kontinjen istiadat. Pegawai Perbarisan diketuai oleh Lt. Kol. Azmi bin Ali, Pegawai Memerintah (CO) Batalion 20 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja), dibantu oleh Lt. Kdr. Sabar bin Mazlan TLDM dari Pusat Latihan Kapal Selam Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar dan Ajutan Perbarisan adalah Kapt. Mohamad Zulkarnain bin Mohd Johari TUDM dari Pangkalan Udara Labuan serta Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan adalah PW1 Amir bin Hamzah dari Batalion 13 RAMD. Perbarisan ini diiringi oleh Pancaragan Pusat TUDM dan Pancaragam Gabungan Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat di bawah pimpinan Mej. Mohd Salleh bin Wahab TUDM. Setiap detasmen terdiri dari 200 anggota Lain - lain Pangkat (LLP) dan diketuai oleh Mej. Mohd Khairi bin Abdl Kabir bagi TDM, Lt. Kdr. Neoh Chee Seong TLDM bagi TLDM, manakala Mej. Aizzam bin Shaari TUDM mengetuai detasmen TUDM.

Kontinjen Istiadat terdiri daripada 3 kontinjen iaitu TDM, TLDM dan TUDM diketuai oleh Lt. Kol. Haji Mohd Shauari bin Mat Piah. Antara pasukan yang telah mempunyai Panji - panji dan menerima penganugerahan mengikut perkhidmatan adalah seperti berikut:

Tentera Darat Malaysia (12 pasukan):
3 RAMD
4 RAMD
7 RAMD
9 RAMD (Para)
17 RAMD (Para)
21 RAMD
3 RRD
7 RRD (Mekanis)
8 RRD (Mekanis)
9 RRD
4 KAD
1 RAD

3 pasukan dari TLDM:
KD SRI SEMPORNA
KD RAJAWALI
KD PANGLIMA HITAM

9 pasukan dari TUDM:
No. 1 Skuadron
No. 5 Skuadron
No. 6 Skuadron
No. 7 Skuadron
No. 14 Skuadron
No. 16 Skuadron
No. 18 Skuadron
No. 20 Skuadron
Rejimen TUDM

Seramai 60 orang anggota ATM dikurniakan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) di atas penglibatan secara langsung sewaktu operasi ini.

Persembahan pentomin yang mengisahkan pertempuran yang telah berlaku di Kampung Tanduo, Tanjung Labian dan Tanjung Batu telah menggamit lagi suasana perbarisan pada malam itu. Persembahan diketuai oleh Kol. Adi Ridzwan bin Abdullah dan dibantu oleh Mej. Mohd Noor bin Ishak juga melibatkan seorang pegawai dan 87 anggota LLP.














1 comment:

  1. Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada MBAH SELONG yang
    telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau saya
    sekarang udah hidup tenang karena orang tuaku udah buka usaha dan
    punya modal untuk buka bengkel skrang pun orang tuaku tidak di
    kejar-kejar hutang lagi…dan keluarga Kami di bantu langsung melalui pesugihan uang gaib
    Dari mbah yg sangat betul2 terbukti bisa membantu keluarga kami
    …hingga keluarga kami sekarang merasa tenang
    lagi…terima kasih mbah…Jika Anda ada yg merasa kesulitan
    masalah ke uang ngan atau terlilit hutang silahkan hbg Aja MBAH SELONG
    dinmr hp beliau (081-322-565-355) atau klik PUSAT PESUGIHAN UANG GAIB /
    dan saya sudah membuktikan dan alhamdulillah kehidupan sy sdh jauh lebih baik dr sebelumnya terimah kasih

    ReplyDelete