Monday 9 October 2017

Exercise Redback

Australian Border Force (ABF) adalah sebahagian dari Department of Immigration and Border Protection yang bertanggungjawab ke atas kawalan dan penguatkuasaan di sempadan laut dan daratan Australia. Pasukan ini ditubuhkan pada 1 Julai 2015, dengan penggabungan Australian Customs and Border Protection dan sebuah unit yang bertanggungjawab keatas penahanan imigran dari Department of Immigration and Border Protection. ABF mempunyai 5,800 orang kakitangan.

Marine Unit dari ABF merupakan sebuah pasukan pengawal pantai (Coast Guard) yang bertanggungjawab ke atas pengawasan EEZ (Economic Exclusion Zone) Australia yang dilengkapi dengan 8 buah bot peronda kelas “Cape” dan juga beberapa buah kapal seperti ACV Triton, ACV Ashmore Guardian, ACV Ocean Protector dan MV Skandi Bergen (kemudiannya dinamakan Ocean Shield). ABF juga memiliki komponen udara yang mengoperasikan 8 buah pesawat Dash 8.


Eksesais Redback

Pada hari ini Maritim Malaysia bersama ABF telah melancarkan “Eksesais Redback”, sebuah siri latihan bersama yang bertujuan untuk memperkasakan daya usaha bagi menghadapi cabaran dalam menjaga keselamatan perairan antara kedua – dua negara. Eksesais ini telah dilaksanakan semenjak tahun 2013 lagi (sejumlah 8 siri telah dilaksanakan) dimana kedua – dua agensi saling bertukar maklumat berkenaan pergerakan jenayah maritime rentas sempadan.



Bercakap semasa Majlis Perasmian Eksesais Redback, YBhg Laksamana Maritim Dato’ Indera Zulkifli bin Abu Bakar, “inisiatif ini perlu dilakukan secara berterusan bagi memantapkan kapabiliti Maritim Malaysia dengan berkongsi kepakaran dalam bidang penguatkuasaan dan carilamat (SAR – search and rescue) yang mana ianya merupakan tugas teras Agensi ini”.

Tambahnya lagi, “Maritim Malaysia dan ABF telah menjalinkan kerjasama melalui MOU antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Australia dibawah Cooperation and Assistance Relating to Civil Maritime Law Enforcement Operations pada 12 Julai 2011, yang mana kerjasama ini melibatkan 4 tunjang utama bagi asas hubungan kerjasama ini iaitu perkongsian maklumat, pembangunan sumber manusia, kajian dan pembangunan (R&D) serta mana – mana bidang yang berkaitan dengan Ciivl Maritime Law Enforcement Operations”.




Sementara itu, Pemangku Komisioner ABF, Michael Outram berkata. “ini merupakan kali pertama ABF membawa bersama kapal maritim Australia yang terbesar iaitu Australian Border Force Cutter (ABFC) Ocean Shield ke Malaysia. Kehadiran kapal ini adalah sebagai nilai tambah dan simbolik kepada kerjasama erat antara kedua negara. ABFC Ocean Shield merupakan sebuah aset yang terlibat secara langsung dalam membantu Malaysia semasa pencarian MH370 di Lautan Hindi”.

“Australia telah lama menjalinkan kerjasama dari sudut penguatkuasaan bersama Malaysia dan berkongsi matlamat yang sama untuk menghadapi cabaran keselamatan di laut, termasuklah isu penyeludupan manusia dan dadah, penangkapan ikan secara haram dan lain – lain ancaman keselamatan”, kata Michael Outram.



Sepanjang eksesais dilaksanakan, lebih kurang 100 pegawai dan anggota daripada Maritim Malaysia dan ABF terlibat. Ini termasuk juga penglibatan dari TLDM dan PDRM. Mereka ditempatkan di atas KM Marlin dan KM Bagan Datuk selaku pemerhati selama ianya diadakan di Selat Melaka dengan bermula dari Pelabuhan Klang pada hari ini dan berakhir di Pulau Pinang pada 14 Oktober nanti.
Eksesais Redback akan dibahagikan kepada 3 fasa utama, iaitu fasa pelabuhan, fasa di laut dan juga fasa penutup. Ketiga – tiga fasa ini akan diisi dengan pelbagai modul latihan bagi mencapai oebjektifnya dalam memperkasakan pengawasan dan keselamatan maritim kedua – dua negara.




Kapal Ocean Shield.

ABFC Ocean Shield pada asalnya telah ditempah oleh firma DOF Subsea pada tahun 2010 sebagai kapal sokongan luar pantai (offshore support vessel – subsea construction and maintenance) dan dikenali sebagai MSV Skandi Bergen. Ia dibina oleh STX OSV, Tulcea di Romania dan siap pada 22 Mei 2012.

Pada tahun 2012 juga, Jabatan Pertahanan Australia sedang mencari calon pengganti sementara bagi kapal amfibi dari kelas Kanimbla yang telah dilucut tauliah. Perbincangan telah diadakan dengan firma DOF Subsea semasa Skandi Bergen masih dalam pembinaan lagi. Pada pertengahan tahun 2012, kapal ini telah memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Australia (RAN – Royal Australian Navy) dengan nama Australian Defence Vessel (ADV) Ocean Shield dan dikendalikan oleh krew awam.

Berat sesaran – 8,500 tan
Panjang – 110.9 meter
Lebar – 22 meter
Draf – 6.6 meter
Kelajuan – 16 knots (30 km/jam)
Krew – 22 + 50

Pada bulan Mac 2014, ADV Ocean Shield merupakan antara beberapa kapal dari Australia yang menyertai misi pencarian MH370. Dilengkapi dengan “towed pinger locator” yang dipinjamkan oleh USN (United States Navy), telah ememulakan pencarian pada 3 April 2014. Kemudian pada 14 April 2014, telah digantikan dengan Bluefin-21, AUV – autonomous underwater vehicle.




ADV Ocean Shield dijadualkan untuk diserahkan kepada Marine Unit, Australian Customs and Border Protection Service pada 2016 setelah kapal kelas Canberra (landing helicopter dock) disiapkan untuk RAN, akan tetapi proses penyerahan ini dipercepatkan kepada 1 Julai 2014. Ocean Shield kemudiannya menjalani modifikasi di Singapura dan Horbart, Australia bagi menyesuaikan dengan tugas barunya. Peruntukan telah disediakan untuk Ocean Shield melakukan rondaan selama 300 hari dalam setahun.


Setelah pembentukan Australian Border Force pada Julai 2015, prefix untuk Ocean Shield telah ditukarkan kepada ABFC – Australian Border Force Cutter.

Foto - foto Ocean Shield dan fasiliti yang terdapat didalamnya.